BOLKIAH GARISON, Rabu, 25 Oktober 2023 – Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) melalui Sel Nasihat dan Bimbingan Agama (NBA) telah memulakan satu program kesedaran melalui penyampaian taklimat yang dinamakan “FIKRAH". Taklimat tersebut disampaikan kepada semua unit-unit Angkatan Tentera dalam usaha menangani dan mengurangi kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah yang melibatkan anggota ABDB.
Di antara unit yang sudah disampaikan taklimat tersebut ialah terdiri dari pegawai dan anggota JAMA'AT ABDB, Akademi Pertahanan ABDB, Polis Tentera ABDB, Rejimen Pasukan Khas, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Batalion Kedua TDDB, Batalion Ketiga TDDB dan Rekrut Wanita pengambilan ke 58.
Taklimat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar, Selawat Arzaq dan seterusnya penyampaian pengisian taklimat oleh penyampai-penyampai yang terdiri dari pegawai-pegawai JAMA'AT iaitu 995 Kpt Ayza Azrine bin Ayahani, 1262 Lt Siti Nur Hazwani binti Ismail, Ustaz Ikram bin Nokman, Ustaz Rif'at Atiyah bin Hj Anwari, Ustaz Muhammad Nur Amin bin Awg Hj Jali.
Adapun setelah taklimat tersebut disampaikan supaya akan dapat memberikan panduan kepada pegawai dan anggota ABDB untuk lebih tahu akan kesalahan jenayah syariah yang perlu dijauhi dan dihindari.
![DSC_0131.jpg (6000×4000)](/ArticleImages/Article/2023/DSC_0131.jpg)
![unnamed-4.jpg (4160×2340)](/ArticleImages/Article/2023/unnamed-4.jpg)
![DSC_0037.jpg (6000×4000)](/ArticleImages/Article/2023/DSC_0037.jpg)
![DSC_0019.jpg (6000×4000)](/ArticleImages/Article/2023/DSC_0019.jpg)
![DSC_0041.jpg (6000×4000)](/ArticleImages/Article/2023/DSC_0041.jpg)